PENDIDIKAN ISLAM

(1) PENDIDIKAN ISLAM 1 (AA101)

Memberi pengetahuan tentang kaedah pembacaan Al-Quran, konsep ilmu dan tasawwur Islam meliputi akidah, syariah dan akhlak. Penekanan kursusini adalah terhadap penghayatan akidah Islam serta perlaksanaan ibadah-ibadah dalam kehidupan seharian. Kursus ini juga dapat memberi panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab terhadap Allah SWT, manusia dan alam.

KREDIT: 2
PRASYARAT: TIADA

 

(2) PENDIDIKAN ISLAM 2 (AA201)

Memberi pengetahuan tentang konsep-konsep kekeluargaan Islam merangkumi isu-isu dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya. Selain itu, topik sumber-sumber hukum, pengurusan jenazah dan hokum jenayah Islam turut didedahkan dalam kursus ini. Kandungannya lebih memfokuskan cara-cara menangani permasalahan kekeluargaan serta membentuk sikap positif dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

KREDIT : 2
PRASYARAT : TIADA

 

(3)TAMADUN ISLAM (AA301)

Diperkenalkan untuk mendedahkan para pelajar terhadap konsep asas dan prinsip Tamadun Islam. Kursus ini juga membincangkan secara terperinci tentang perjalanan sejarah Tamadun Islam yang bermula pada Zaman Rasulullah SAW sehingga kini yang merangkumi pelbagai aspek seperti perkembangan ilmu pengetahuan, politik, ekonomi dan sosial. Di akhir kursus ini pelajar didedahkan dengan perbincangan topik pemikiran Islam dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Tamadun Islam.

KREDIT: 2
PRASYARAT: TIADA