Unit Pengajian Islam

Unit Pengajian Islam bertanggungjawab dalam semua subjek keagamaan seperti Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Pelajar Islam diwajibkan untuk mengambil subjek seperti Pengajian Islam serta Tamadun Islam dan pelajar bukan Islam turut diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Moral dan Tamadun Islam.

Seperti unit Bahasa Inggeris juga, unit ini juga aktif dalam menganjurkan program-program kerohanian dan kebajikan seperti Minggu Penghayatan Islam, Tilawah Al-Quran, seminar, ceramah dan lain-lain lagi untuk para pelajar dan kakitangan politeknik.